BANGI, 23 ZULKAEDAH – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil menyindir kenyataan beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan yang dilihat tampil mempertahankan DAP dalam isu membabitkan kedudukan parti itu dalam kerajaan.
Isham berkata, dalam tempoh dua hari, beberapa pimpinan kerajaan tampil dengan kenyataan yang disifatkannya sebagai “back up” kepada DAP dalam usaha membentuk persepsi positif terhadap parti berkenaan.
“Kelmarin Mat Sabu kata DAP parti paling teraniaya. Hari ini Zahid kata DAP hormat Islam, Raja Melayu, hak Melayu dan Bahasa Melayu.
“Baik punya back up. UMDAP Mantap, PANDAP pun Mantap. DAP suka khadam macam ini. Mantap. Tony nombor plate pun bangga,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan bahawa semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan termasuk DAP menghormati empat tonggak utama Perlembagaan Persekutuan.
“Mereka amat menghormati perjanjian penubuhan Kerajaan Perpaduan, yang terdapat empat tonggak utama iaitu soal agama Islam, Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu, soal hak istimewa orang Melayu.
“Mereka juga bukan sekadar menghormati tetapi mengakui itu adalah hakikat yang termaktub dalam Perlembagaan,” kata Zahid.
Selain itu, Isham turut dipercayai merujuk kepada ucapan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu yang menyifatkan DAP sebagai parti paling “dianiaya” walaupun memiliki majoriti kerusi di beberapa negeri.
“Kalau nak ikut majoriti, yang paling teraniaya di Malaysia ini DAP. Dia majoriti di Perak, dia tak jadi pun Ketua Menteri, Menteri Besar. Di Negeri Sembilan pun dia paling ramai, dia tak jadi Menteri Besar.
“Sebab DAP fikir bukan jawatan yang penting, kestabilan politik itu yang paling penting,” kata Mohamad.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment