NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nak tinggalkan PKR, silakan – AMK



SHAH ALAM – Sesiapa sahaja dalam PKR yang mahu meninggalkan parti itu dialu-alukan untuk bertindak demikian, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin.

Tegasnya, ia kerana kekuatan parti itu tidak terletak kepada individu sebaliknya ia bergantung kepada perjuangan untuk memperkukuhkan PKR bersama-sama tidak mengira jawatan.

Jelasnya, ia sekaligus bergantung dengan kerjasama dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kepada pendukung Pakatan Harapan (PH), saya nak maklumkan kekuatan PKR dan PH tidak terletak kepada seseorang individu tapi kebersamaan kita dengan rakan-rakan komponen dalam PH.

“Dalam PKR yang nak pergi silakan pergi. PKR pernah berada di titik paling rendah pada 2004 pernah tinggal satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh sahaja nak menang kerusi Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), itu pun kena kira undi tiga, empat kali,” katanya ketika Ceramah Isu Semasa Pakatan Harapan Selangor Parlimen Kota Raja di Jalan Kebun di sini hari ini.

Menurut Danish, PKR yang pernah berada di titik rendah mampu berdiri bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini sehingga Berjaya menawan beberapa buah negeri dalam pilihan raya umum (PRU).

Ujarnya, PKR khususnya tidak berjuang hanya untuk satu tempoh sahaja tetapi konsisten untuk memastikan rakyat terus terbela.

“Kita kerja kuat sehingga buat pertama sekali kita tawan Selangor, P. Pinang, Perak sebab itu saya kata perjuangan bukan buat sementara waktu, saya tahu kerajaan Madani tidak sempurna tapi sedaya upaya membantu rakyat mengurangkan beban rakyat,” katanya lagi.

Baru-baru ini, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad membuat keputusan keluar daripada PKR dan mengambil alih sebuah parti politik, Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Turut mengambil Tindakan yang sama, Haqimi Zamri yang meletakkan jawatan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pandan baru-baru ini bersama 18 daripada 26 ahli jawatankuasa (AJK) sayap berkenaan.

Kemudian, bekas Ketua PKR Cabang Kluang, Abd. Hamid Ali dilaporkan berkata hampir 30 peratus daripada kira-kira 2,800 ahli baharu Bersama di Johor terdiri daripada ahli dan pimpinan PKR akar umbi yang membuat keputusan meninggalkan parti itu. – MalaysiaGazette














........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo