NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Krisis politik Negeri Sembilan: Pas Rasah persoal setiakawan dua ADUN Bersatu



SEREMBAN - Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan yang secara terbuka mengambil pendirian berkecuali dalam isu penarikan sokongan terhadap Menteri Besar menimbulkan persoalan besar terhadap komitmen serta semangat setiakawan dalam Perikatan Nasional (PN).

Pas Kawasan Rasah dalam satu kenyataan berkata, tindakan tersebut disifatkan sebagai satu sikap tidak konsisten dan 'flip-flop', apatah lagi ketika keputusan awal dibuat secara bersama dan kolektif dalam kalangan pimpinan pembangkang negeri terbabit.

"Persoalannya, kenapa ketika kesepakatan dicapai sebelum ini mereka boleh bersama menyatakan sokongan secara kolektif, namun kini secara tiba-tiba memilih untuk berkecuali?

"Di manakah semangat setiakawan dalam PN Negeri Sembilan? Apakah sebenarnya agenda Bersatu dalam isu ini?" kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker, yang juga Ketua Pembangkang di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, kerana dianggap mengelirukan dan tidak konsisten.

"Justeru, Pas Kawasan Rasah berpandangan bahawa kedudukan beliau wajar dinilai semula oleh pimpinan PN.

"Pas Kawasan Rasah menggesa agar kerusi DUN Labu dikembalikan kepada Pas pada pilihan raya negeri atau Plihan Raya Umum ke-16 akan datang demi memastikan suara dan prinsip perjuangan terus dipertahankan secara konsisten dan berprinsip," katanya.

Sebelum ini media melaporkan Mohamad Hanifah dan ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad membuat kejutan apabila secara tiba-tiba mengumumkan mengambil langkah berkecuali berhubung tindakan UMNO yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Ia selepas beberapa hari mereka bersama tiga ADUN Pas menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan 14 ADUN UMNO yang menyatakan sudah hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.


Sumber | Sinar Harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo