NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kegagalan Selangor sedia tapak hospital bukti kerajaan lemah dalam pentadbiran – Na’im



KUALA LUMPUR – Kegagalan pentadbiran negeri Selangor menyediakan tapak bagi pembinaan hospital kerajaan selepas hampir lapan tahun mentadbir negeri itu membuktikan kelemahan pentadbiran serta ketiadaan kesungguhan politik dalam mengutamakan kebajikan kesihatan rakyat.

Ketua Armada Bersatu Selangor, Na’im Brundage berkata, pihaknya mengecam keras kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung ketiadaan kemudahan hospital kerajaan di kawasan berkepadatan tinggi seperti Puchong, Petaling Jaya dan Subang.

Beliau menyifatkan, alasan kerajaan negeri masih mencari tapak tanah sebagai memalukan dan tidak boleh diterima.

Menurutnya, alasan yang diberikan Amirudin juga dilihat tidak munasabah apabila sektor swasta didakwa tidak berdepan masalah mendapatkan tapak untuk membina hospital pakar berskala besar dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Bagaimana mungkin selepas hampir lapan tahun menerajui negeri terkaya di Malaysia, Menteri Besar masih gagal menyelesaikan isu asas seperti penyediaan tapak tanah bagi kemudahan kesihatan rakyat?

“Pihak swasta pula berjaya membina hospital seperti Hospital Picaso, Sunway Medical Centre Damansara dan Damansara Specialist Hospital 2 tanpa berdepan masalah mendapatkan tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Na’im turut mempersoalkan, mengapa kerajaan negeri tidak menggunakan kuasa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk memperoleh tanah bagi tujuan pembinaan hospital kerajaan.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini terbukti menggunakan akta berkenaan untuk pelaksanaan projek-projek besar termasuk LRT3, MRT2, ECRL dan kolam takungan tebatan banjir.

“Jika tanah boleh diambil untuk projek infrastruktur lain, mengapa perkara sama tidak dilakukan demi pembinaan hospital kerajaan untuk penduduk Puchong, PJ dan Subang?

“Kegagalan ini bukan berpunca daripada kekangan geografi atau ketiadaan tanah, tetapi disebabkan ketidakcekapan pentadbiran dan tiada tekad politik,” ujarnya.

Beliau berkata, Menteri Besar Selangor perlu berhenti memberikan alasan dan segera mengambil tindakan bagi memastikan hospital kerajaan dapat dibina di kawasan terlibat.

“Rakyat Selangor sedang memerhati sama ada pentadbiran negeri benar-benar mengutamakan kebajikan dan kesihatan rakyat atau hanya memberi keutamaan kepada projek yang menguntungkan pihak tertentu,” katanya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo