NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Guan Eng jangan jadi batu api, kata Wan Rosdy



KUALA LUMPUR – Kenyataan bekas Setiausaha Agung DAPLim Guan Eng yang melabel UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai, hanya mengeruhkan keadaan ketika pimpinan BN dan Pakatan Harapan (PH) sedang mencari penyelesaian tuntas beberapa isu sensitif yang timbul kebelakangan ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismailberkata, Ahli Parlimen Bagan itu seharusnya lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan terbuka yang boleh menjejaskan hubungan antara parti dalam kerajaan.

“Kenyataan sedemikian tidak membantu, malah boleh mengeruhkan keadaan ketika pimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap beberapa isu yang timbul kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Semalam, Guan Eng menyifatkan Umno dan BN sebagai rakan kerjasama yang tidak boleh dipercayai dalam kerajaan perpaduan dan menggesa rakyat untuk menolak mereka pada pilihan raya akan datang.

Merujuk percubaan Umno Negeri Sembilan baru-baru ini untuk menggulingkan Menteri Besar Aminuddin Harun, Guan Eng berkata, ia membuktikan gabungan tersebut sanggup mengenepikan kepentingan nasional demi manfaat politik peribadi.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy turut memberi peringatan keras agar perbezaan pandangan tidak dijadikan bahan provokasi sehingga mencetuskan konflik lebih besar dalam kalangan rakan komponen kerajaan.

“Saya ingin mengingatkan Guan Eng agar tidak menjadi batu api yang mampu mencetuskan masalah lebih besar,” tegasnya.

Wan Rosdy dalam masa sama menegaskan, persepsi negatif bukan hanya wujud dari satu pihak, malah turut dirasai oleh ramai dalam UMNO dan Barisan Nasional terhadap pemimpin DAP.

“Jika beliau mempunyai pandangan negatif terhadap UMNO dan Barisan Nasional, beliau juga perlu memahami bahawa ramai dalam UMNO dan BN mempunyai pandangan yang sama terhadap beliau,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menekankan kepentingan semua pihak mengekalkan kematangan politik demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Sebagai pemimpin senior, tanggungjawab kita adalah untuk menyatukan dan memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan, bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan hubungan antara parti-parti dalam kerajaan. Rakyat mahukan kestabilan dan penyelesaian, bukan pertelingkahan politik yang berpanjangan,” katanya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo