NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Facebook disekat, Firdaus Wong ambil tindakan undang-undang terhadap MCMC



  • Beliau menyatakan tindakan undang-undang tersebut akan difailkan ke atas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kementerian berkaitan, menteri serta kerajaan.
  • “Janji reformasi? Janji kebebasan bersuara?Selain saya akan menuntut di akhirat, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan prosedur undang-undang ke atas MCMC, kementerian, menteri dan kerajaan,” katanya. – The Merdeka Times
  • Menurut Firdaus, akaun Facebook beliau yang mempunyai seramai 620,000 pengikut itu telah dihadkan akses hanya beberapa hari selepas beliau menghadiri satu sesi libat urus.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengarahkan barisan peguamnya untuk memulakan prosedur undang-undang terhadap beberapa pihak susulan tindakan sekatan akses ke atas akaun Facebook miliknya.

Beliau menyatakan tindakan undang-undang tersebut akan difailkan ke atas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kementerian berkaitan, menteri serta kerajaan.

Menurut Firdaus, akaun Facebook beliau yang mempunyai seramai 620,000 pengikut itu telah dihadkan akses hanya beberapa hari selepas beliau menghadiri satu sesi libat urus.

“MCMC bekerja lagi. Dalam sesi libat urus Isnin lepas, saya berharap MCMC tidak akan menyekat Facebook saya selepas bertanya soalan. Hari ini, Facebook saya telah dihadkan akses,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Untuk rekod, beliau telah menghadiri sesi libat urus berhubung cadangan Suruhanjaya Keharmonian Nasional di ibu negara.

Mengulas lanjut, Firdaus turut mempersoalkan komitmen kerajaan berhubung janji reformasi serta kebebasan bersuara yang sering dilaungkan sebelum ini.

“Janji reformasi? Janji kebebasan bersuara?

“Selain saya akan menuntut di akhirat, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan prosedur undang-undang ke atas MCMC, kementerian, menteri dan kerajaan,” katanya. – The Merdeka Times






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo