NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ekuiti Bumiputera: Kenyataan Guan Eng bercanggah semangat Perlembagaan – Putra



KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengecam kenyataan Penasihat DAP, Lim Guan Eng yang mempertikaikan syarat ekuiti Bumiputera sebanyak 50 peratus bagi pelupusan aset syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bernilai RM20 juta ke atas.

Ketua Penerangannya, Shahrulufti Sharif menyifatkan pendirian itu sebagai bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan serta boleh menjejaskan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Menurutnya, kenyataan Guan Eng jelas mencabar hak Bumiputera yang termaktub di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Alasan bahawa syarat ekuiti tersebut akan menyebabkan pelabur menjauhkan diri adalah tidak berasas dan sekadar retorik politik.

“Pelabur yang serius dan berintegriti tidak akan gentar dengan syarat yang sah serta adil. Yang bimbang hanyalah kapitalis besar yang mahu terus menguasai aset strategik tanpa perkongsian bersama Bumiputera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa, dasar ekuiti 50 peratus itu bukan satu beban kepada ekonomi negara, sebaliknya membuka peluang lebih luas kepada Bumiputera untuk memperkukuh pegangan dalam sektor strategik dan membina kekuatan ekonomi jangka panjang.

Katanya lagi, Guan Eng dilihat gagal memahami agenda nasional yang bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi rakyat apabila lebih menumpukan kepada kepentingan korporat berbanding pemilikan aset oleh Bumiputera.

“Pendiriannya adalah tidak bertanggungjawab, melemahkan semangat Perlembagaan serta dilihat menyebelahi kapitalis besar berbanding rakyat Bumiputera,” katanya.

Pada masa sama, Shahrulufti menegaskan, pendirian parti itu untuk terus menyokong syarat ekuiti Bumiputera 50 peratus sebagai langkah memperkukuh pemilikan Bumiputera dalam aset strategik negara. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo