NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP cuba kecilkan peranan Institusi Raja-raja Melayu?




KUALA LUMPUR
: Pengerusi Disiplin DAP, Tony Pua memberi reaksi balas terhadap titah Sultan Selangor telah mencetuskan persoalan besar mengenai penghormatan parti itu terhadap Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan Sultan dalam sistem kenegaraan.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Selangor, Ir Ts Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, rakyat Selangor sebelum ini mengikuti titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyentuh isu berkaitan kuasa dan kedudukan tersebut.

“Baginda turut menzahirkan titah supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew melawat Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor bagi meningkatkan kefahaman terhadap prinsip-prinsip kenegaraan,” ujarnya.

Namun katanya, tidak lama selepas itu Tony Pua tampil memberikan reaksi balas yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia dan Selangor apabila menyatakan beliau hanya patuh kepada peruntukan undang-undang dan Perlembagaan, bukannya titah Raja.

Beliau berkata, kenyataan tersebut seolah-olah cuba menggambarkan bahawa kuasa Sultan hanya terbatas kepada soal adat Melayu, agama Islam serta beberapa fungsi Perlembagaan tertentu seperti pelantikan Menteri Besar dan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pemahaman sempit seperti ini memperlihatkan satu pendirian yang cuba mengecilkan peranan dan kedudukan Institusi Sultan dalam kerangka kenegaraan Malaysia.

“Hakikatnya, institusi Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol adat dan istiadat, tetapi mempunyai kedudukan tersendiri dalam sejarah pembentukan negara, keseimbangan sistem demokrasi berperlembagaan serta menjadi payung perpaduan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, apabila kenyataan sedemikian dikeluarkan secara terbuka oleh seorang pemimpin kanan DAP, rakyat berhak mempersoalkan sama ada ia mencerminkan pendirian rasmi parti tersebut.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kenyataan berkenaan termasuk dalam kategori isu 3R membabitkan kaum, agama dan institusi diraja, selain menggesa pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap perkara itu.

“Mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Mana Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Adakah sensitiviti terhadap institusi diraja hanya terpakai kepada pihak-pihak tertentu sahaja?” katanya.

Dalam masa sama, beliau menggesa DAP tampil menjelaskan pendirian sebenar parti itu terhadap institusi Raja-Raja Melayu dan had-had yang dipercayai wujud terhadap kuasa Sultan.

“Kalau kamu berpendirian kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu terbatas seperti apa dikatakan oleh Tony Pua, sebutkan terus-terang. Biar jelas. Biar jadi pendirian parti kamu secara terbuka,” katanya.

Beliau turut menyentuh kedudukan Umno yang menurutnya tidak boleh terus berdiam diri kerana merupakan sebahagian daripada Kerajaan Madani bersama DAP.

Nurul Islam berkata, Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengecam Tony Pua dan menyatakan Umno bersama Sultan Selangor, namun pada masa sama parti itu masih bersama DAP dalam kerajaan.

“Kalau kamu terus bersama kerajaan negeri dan Pusat, kamu juga akan turut terpalit dengan kebiadaban DAP terhadap Raja-Raja. Takkan kuasa Umno nak, tapi tahi Kerajaan Madani Umno tolak tepi?” bidasnya. – HARAKAHDAILY 21/5/2026









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo