BANGI, 20 ZULKAEDAH – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menegaskan bahawa Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak sepatutnya diterima dalam sistem pendidikan nasional walau apa juga alasan diberikan.
Beliau berkata, UEC juga tidak wajar dijadikan laluan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun perkhidmatan awam kerana didakwa bertentangan dengan dasar pendidikan negara.
“Apa pun alasan, UEC tetap tak boleh diterima dalam sistem pendidikan, apatah lagi untuk masuk ke IPTA dan perkhidmatan awam,” katanya.
Menurut beliau, penerimaan terhadap UEC disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang selama ini berteraskan sistem pendidikan nasional.
Ridhuan Tee turut menegaskan dasar UEC bersifat perkauman selain mempersoalkan identiti negara sekiranya sistem berkenaan terus diberi ruang dalam pendidikan nasional.
Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang didakwa tidak bersuara dalam isu berkenaan termasuk dalam kalangan pendidik dan ahli akademik.
“Saya hairan kenapa tidak ramai pendidik atau pensyarah bangun menentang,” katanya.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan kerajaan bersetuju membuka laluan kemasukan pelajar daripada aliran di luar sistem pendidikan kebangsaan termasuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC ke program tertentu di IPTA, tertakluk kepada syarat kelayakan, merit dan ketetapan universiti.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment