NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ambil iktibar sejarah, perpecahan Melayu lemahkan kuasa, kedudukan Melayu – Sultan Selangor



  • Sultan Selangor turut menzahirkan pemerhatian Baginda terhadap landskap politik tanah air mutakhir ini yang menyaksikan terlalu banyak pertelingkahan dan perselisihan berlaku dalam kalangan ahli politik sehingga boleh mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat.
  • “Beta mahu menegaskan bahawa perpaduan orang Melayu tidak harus disalah tafsir sebagai usaha untuk bermusuhan dengan semua kaum lain di negara ini. Sebaliknya, kekuatan sesuatu bangsa yang hidup bersatu akan menjadikan negara lebih aman, stabil dan rakyatnya saling menghormati,” titah Sultan Selangor.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar semua pihak mengambil iktibar daripada sejarah lampau apabila perpecahan orang Melayu Islam telah membuka ruang kepada pihak luar untuk mengambil kesempatan dan melemahkan kuasa serta kedudukan bangsa Melayu di tanah air sendiri.

Sultan Selangor turut menzahirkan pemerhatian Baginda terhadap landskap politik tanah air mutakhir ini yang menyaksikan terlalu banyak pertelingkahan dan perselisihan berlaku dalam kalangan ahli politik sehingga boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Mengambil teladan daripada perpaduan ummah semasa menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, Baginda berharap orang Melayu dan umat Islam di negara ini akan terus bersatu padu, tidak kira daripada kalangan pemimpin politik hinggalah kepada rakyat jelata kerana jika terus bertelingkah, bangsa sendiri yang akan rugi dan menjadi lemah.

“Beta mahu menegaskan bahawa perpaduan orang Melayu tidak harus disalah tafsir sebagai usaha untuk bermusuhan dengan semua kaum lain di negara ini. Sebaliknya, kekuatan sesuatu bangsa yang hidup bersatu akan menjadikan negara lebih aman, stabil dan rakyatnya saling menghormati,” titah Baginda dalam Titah Perutusan Sultan Selangor Sempena Hari Raya Aidiladha 2026/1447H hari ini.

Di kesempatan sambutan Aidiladha itu juga, Sultan Selangor bertitah bahawa Baginda mahu semua kaum, bangsa dan semua agama di negara ini saling hormat menghormati sensitiviti antara satu sama lain dan hidup aman damai. 

“Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam pernah mencapai zaman kegemilangan ketika era Kerajaan Uthmaniyyah apabila masyarakat berbilang bangsa hidup harmoni di bawah pemerintahan Islam,” titah Baginda.

Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat di negeri Selangor dan bertitah bahawa Aidiladha mengajar erti pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan ummah. 

“Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan ummah. Ketika jutaan umat Islam berhimpun di Tanah Suci tanpa mengira pangkat, bangsa dan kedudukan, mereka menunjukkan satu contoh perpaduan yang amat besar nilainya kepada seluruh dunia Islam.

Di penghujung perutusan, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor turut mendoakan agar seluruh jemaah haji Malaysia dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan ibadah di Tanah Suci, serta kembali ke tanah air dengan selamat dan memperoleh haji yang mabrur. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo