NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aidiladha: MUDA Kelantan gesa kuota BUDI95 dikembalikan 300 liter



KUALA LUMPUR – Parti katan Demokratik Malaysia (MUDA) Kelantan menggesa kerajaan mempertimbangkan segera penambahan sementara kuota subsidi RON95 daripada 200 liter kepada 300 liter sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ketua Penerangannya, Wee Khai Nern berkata, setiap kali musim perayaan, jutaan rakyat Malaysia akan pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga dan menyambut Aidiladha.


Menurutnya, tradisi itu bukan sekadar perjalanan biasa, tetapi sebahagian daripada budaya, tanggungjawab kekeluargaan dan kehidupan masyarakat Malaysia.

Namun, ujar beliau, dalam keadaan kos sara hidup yang terus meningkat, ramai rakyat kini berdepan tekanan tambahan akibat pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang menetapkan kuota semasa sebanyak 200 liter.

“Realitinya, bagi ramai rakyat yang perlu melakukan perjalanan jarak jauh khususnya perantau dari Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, kuota tersebut tidak lagi mencukupi apabila perjalanan pergi dan balik boleh mencecah 800 hingga 1,000 kilometer.

“Lebih membebankan apabila ramai penerima subsidi sudah pun menggunakan sebahagian besar kuota mereka menjelang minggu-minggu terakhir bulan Mei, dengan baki hanya sekitar 30 hingga 50 liter sebelum memulakan perjalanan pulang beraya.

“Dalam masa yang sama, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dijangka menerima sehingga 60,000 kenderaan sehari sempena Aidiladha, menunjukkan skala besar pergerakan rakyat setiap kali musim perayaan,” katanya dalam saut kenyataan hari ini.

Tambah Khai Nern, MUDA Kelantan berpandangan bahawa kerajaan tidak boleh terus melihat isu subsidi semata-mata daripada sudut penjimatan fiskal tanpa memahami realiti kehidupan rakyat di bawah.

Jelas beliau, pihaknya tidak menolak keperluan reformasi dan penyasaran subsidi secara keseluruhan, namun, dasar yang baik memerlukan fleksibiliti, keanjalan dan kepekaan terhadap keadaan semasa rakyat.

“Penambahan sementara kuota kepada 300 liter sempena Aidiladha adalah langkah praktikal dan bersasar untuk membantu rakyat menghadapi peningkatan kos perjalanan musim perayaan,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Madani sering menekankan konsep ihsan dan kesejahteraan rakyat, maka sudah tiba masanya prinsip tersebut diterjemahkan melalui tindakan yang benar-benar dirasai rakyat.

Katanya, ia khususnya buat golongan perantau, keluarga berpendapatan sederhana dan rakyat yang bergantung kepada kenderaan persendirian untuk pulang ke kampung.

“MUDA Kelantan menyeru Kementerian Kewangan agar segera memberikan maklum balas terhadap tuntutan ini demi memastikan rakyat dapat menyambut Aidiladha dengan lebih tenang dan bermaruah.

“Rakyat tidak meminta kemewahan. Mereka hanya mahu pulang ke rumah tanpa dihimpit beban tambahan,” katanya. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo