BANGI, 13 SYAWAL – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menegaskan bahawa orang Melayu suatu ketika dahulu bersatu melalui satu parti iaitu UMNO.
Beliau berkata, melalui perpaduan tersebut, orang Melayu berjaya menentang penjajahan British.
Hakikatnya, perkara utama bukan UMNO itu sendiri, tetapi perpaduan yang wujud melalui parti tersebut.
Bagaimanapun, katanya, pada masa kini terdapat pandangan bahawa UMNO yang membawa kemenangan.
Persepsi itu telah mendorong penubuhan beberapa parti lain, sekali gus memecahbelahkan orang Melayu.
“Maka ditubuhlah beberapa parti. Ini memecahbelah orang Melayu. Mereka bersaing sesama mereka.
“Tidak mungkin ada antara mereka yang menang,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau turut menyatakan bahawa keadaan itu membawa kepada kekalahan dan menyebabkan negara tergadai.
Tambah beliau, Tanah Melayu kini sudah menjadi tanah orang lain.
Beliau mempersoalkan siapa yang silap, sebelum menegaskan bahawa kesilapan terletak pada orang Melayu sendiri.
“Yang silap ialah orang Melayu. Ini adalah perjuangan terakhir bagi orang Melayu,” tegasnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment