NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Razeef tempelak Dr. Akmal, tindakan BN N. Sembilan khianat, kemaruk kuasa



KUALA LUMPUR – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran, Razeef Rakimin menempelak Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung kenyataan `sanggup hilang kuasa asalkan prinsip UMNO kekal’ susulan krisis politik di Negeri Sembilan.

Sedangkan menurut Razeef, tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar oleh Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan itu sendiri adalah langkah pengkhianatan akibat kemaruk kuasa.

Malah, ujarnya, ia boleh dilihat apabila BN dilihat seolah-olah sedia menerima pelawaan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

“Ini jelas tidak mencerminkan prinsip seperti yang disebut oleh Akmal.

“Bagai ‘melepaskan anjing tersepit’, inilah sikap sebenar UMNO yang telah diberi ‘muka’ walau telah ditolak rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Dr Muhamad Akmal menyifatkan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai langkah tepat berlandaskan prinsip utama parti.

Beliau yang juga Ketua Pemuda BN berkata, pendirian tegas UMNO Negeri Sembilan itu adalah gambaran sebenar bahawa parti berkenaan terus mempertahankan prinsip perjuangan parti meskipun berdepan risiko kehilangan kuasa demi mempertahankan agama, bangsa dan institusi raja.

Sementara itu, Razeef menyifatkan adalah lebih baik Aminuddin berundur secara terhormat memandangkan tiada ketegasan suara kepimpinan PKR berhubung konflik politik yang berlaku.

Katanya, keputusan itu dibuat bukan kerana Aminuddin atau PH ditolak rakyat, tetapi dikhianati kelompok pengkhianat yang gilakan kuasa.

“Jika mereka boleh mengkhianati rakan yang banyak memberi ruang kepada mereka untuk ‘sambung nyawa’, saya yakin mereka boleh khianat sesiapa sahaja seperti yang mereka pernah lakukan dahulu kepada PN demi kuasa,” katanya. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo