NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU-16: Hasrat tanding kerusi perlu dibincang secara dalaman PH, bukan di media – Saifuddin



KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan sebarang hasrat parti komponen dalam PH untuk menuntut kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) tidak wajar dibincangkan secara terbuka di media.

Beliau berkata, perkara tersebut sebaliknya perlu dibawa ke platform rasmi gabungan menerusi mesyuarat Majlis Presiden PH bagi memastikan proses rundingan berjalan secara tertib dan harmoni.

“Dalam PH kalau berhajat satu-satu kerusi Parlimen, kita tak sebut dalam surat khabar, kita bawa dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, kita akan bawa di peringkat Sekretariat, malah kita ada Jawatankuasa Perundingan kerusi. Itu tertib dia,” katanya sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.

Menurut Saifuddin Nasution, PH mempunyai mekanisme dalaman yang jelas bagi menguruskan rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Jelasnya, setiap cadangan atau hasrat untuk bertanding di sesuatu kerusi perlu dibincangkan secara rasmi bagi mengelakkan kekeliruan serta memastikan keputusan dibuat secara kolektif.

Semalam, Khalid berharap parti-parti komponen di dalam PH dapat memberi laluan kepada Parti Amanah Negara(Amanah) untuk bertanding di tiga kerusi Parlimen strategik pada PRU-16.

Selain Putrajaya, Amanah turut mengintai kerusi Labuandan Titiwangsa. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo