KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia Malaysia(KESUMA) tidak mempunyai sebarang isu sekiranyasistem baharu pengambilan pekerja asing menggunakan sistem yang dibangunkan syarikat Bestinet Sdn Bhd.
Menterinya, Datuk Seri R. Ramanan berkata, kementerian kini sedang meneliti serta membincangkan mekanisme pelaksanaan sistem berkenaan yang dikenali sebagai Universal Recruitment Advanced Platform (Turap).
“Kami masih dalam perbincangan. Selepas itu, saya akan membentangkan kertas kepada Kabinet.
“Setakat ini, saya tidak melihat sebarang isu untuk menggunakan Bestinet sebagai pembangun sistem,” katanya.
Ramanan mengulas cadangan penggunaan platform tersebut bagi menambah baik proses pengambilan pekerja asing di negara ini.
Menurut Ramanan, Turap dipromosikan sebagai penyelesaian menyeluruh yang membolehkan syarikat mengambil pekerja secara langsung tanpa perlu melalui orang tengah yang sering mengenakan bayaran tinggi.
Katanya, pendekatan itu dilihat mampu meningkatkan ketelusan serta mengurangkan kos pengambilan pekerja asing kepada majikan.
Sistem berkenaan juga bakal menyediakan portal digital yang membolehkan majikan mendaftar serta mencari pekerja secara terus melalui satu platform bersepadu.
Tambah beliau, usaha memperkemas proses pengambilan pekerja asing penting bagi memastikan keperluan tenaga kerja negara dapat dipenuhi secara lebih cekap dan tersusun.
Untuk rekod, Bestinet merupakan syarikat teknologi maklumat tempatan yang sebelum ini membangunkan Sistem Pengurusan Pusat Pekerja Asing (FWCMS). – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment