JOHOR BAHRU – Permohonan kumpulan pertama bekas pemimpin dan ahli UMNO menyertai semula parti itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Melaka malam esok.
Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut melibatkan mereka yang dipecat atau digantung keahliannya sebelum ini yang berhasrat menyertai Rumah Bangsa.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa secara peribadi yakin tidak ada masalah untuk menerima permohonan tersebut.
“Mesyuarat mengenai perkara ini sudah dua kali diadakan yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Permohonan akan dibawa ke mesyuarat MKT di Melaka malam esok.
“Ini bagi permohonan kumpulan pertama. Permohonan ini tidak ada tempoh dan esok akan dibuat keputusan untuk kumpulan pertama yang membuat permohonan. Saya secara peribadi 100 peratus menyokong semuanya.
“Siapa yang belum sempat hantar permohonan, (permohonan) simple sahaja, ada surat hitam putih permohonan, ada tandatangan dan nombor kad pengenalan untuk (semakan) kerja-kerja pentadbiran, bukan (ada) protokol sangat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam lawatan turun padang tinjau penyelenggaraan infrastruktur dan projek pembangunan di daerah Johor Bahru bersama Timbalan Menteri Kerja Raya di Dewan Mohd Said, Pejabat JKR Johor Bahru di sini hari ini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, peranan Rumah Bangsa bukan sahaja untuk bekas pemimpin dan ahli yang dipecat atau digantung keahliannya sebaliknya terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk orang muda.
Jelas Timbalan Pengerusi UMNO Johor itu, UMNO sentiasa membuka pintu kepada semua pihak tidak seperti parti lain lebih-lebih lagi sempena sambutan ulang tahun parti tersebut pada 11 Mei ini.
Sebelum ini Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang digantung keahliannya enam tahun.
Sementara bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar Khairy Jamaluddin turut dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Penggantungan dan pemecatan pemimpin UMNO tersebut diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO pada 27 Januari 2023.
Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin antara pemimpin UMNO yang menghantar permohonan tersebut. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment