NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Benarkah 127.3 hektar tanah di Pulau Sebatik diserahkan kepada Indonesia?



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang mendesak kerajaan agar memberikan penjelasan segera berhubung dakwaan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada di dalam wilayah Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kenyataan yang dikeluarkan pihak Indonesia menimbulkan persoalan besar berkaitan kedaulatan negara, sekali gus tidak boleh dipandang ringan.

“Apakah Benar 127.3 hektar (314.5 ekar) Tanah Milik Malaysia di Pulau Sebatik Telah Diserah Kepada Indonesia?

“Kerajaan perlu beri penjelasan segera berkaitan kenyataan daripada Muhammad Qodari, Ketua Staf Presiden Indonesia yang menyatakan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar (314.5 ekar) di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurut beliau, perkara tersebut merujuk kepada kenyataan Ketua Staf Presiden Indonesia, Muhammad Qodari, yang menyatakan kawasan berkenaan kini secara rasmi menjadi milik republik itu.

Katanya, laporan oleh agensi berita ANTARA turut memetik kenyataan bahawa perubahan sempadan itu berlaku hasil kesepakatan yang dicapai antara kedua-dua negara.

“Berdasarkan kesepakatan tersebut, wilayah seluas 127.3 hektar yang pada batas lama merupakan bagian dari Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia.

“Sementara itu, hanya terdapat sekitar 4,9 hektar dari wilayah pada batas lama Indonesia yang kini beralih menjadi bagian dari wilayah Malaysia,” menurut laporan berkenaan.

Radzi menegaskan bahawa isu berkenaan bukan sekadar melibatkan angka keluasan tanah, sebaliknya menyentuh soal kedaulatan dan integriti wilayah negara yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.

Beliau berkata, rakyat berhak mengetahui status sebenar kawasan berkenaan serta proses rundingan yang telah berlaku antara Malaysia dan Indonesia sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Tambahnya, kerajaan perlu tampil dengan penjelasan rasmi bagi mengelakkan kekeliruan serta spekulasi yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Awal hari ini, media tempatan melaporkan Ketua Staf Presiden (KSP), M Qodari, memaklumkan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia.

Qodari berkata, perubahan itu adalah hasil diplomasi berhubung penyelesaian sempadan darat antara Indonesia dan Malaysia.

Pada masa sama, Qodari berkata penyelesaian sempadan itu turut menyebabkan sebahagian kawasan Indonesia kini termasuk dalam wilayah Malaysia.

Bagaimanapun, kawasan yang ‘terlepas’ itu hanya seluas 4.9 hektar, iaitu lebih kecil berbanding kawasan Malaysia yang kini menjadi milik Indonesia. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo