NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN tuntut pihak berkuasa perjelas asas serbuan rumah wartawan



KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menggesa pihak berkuasa memberi penjelasan mengenai asas tindakan serbuan ke atas kediaman wartawan portal berita berkait laporan yang dihasilkan.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia bagi memastikan hak-hak perlembagaan dihormati, selain menghindari langkah-langkah yang boleh mewujudkan kesan negatif ke atas peranan kewartawanan penyiasatan dan media amnya.

Tegas beliau, Malaysia hendaklah kekal sebagai negara yang membolehkan salah laku disiasat, tetapi pada masa yang sama, wartawan tidak pula dianggap sebagai ancaman kerana menyiasat dan melaporkan perkara-perkara berkepentingan awam.

“Dalam negara demokratik yang matang, respons terhadap laporan media seharusnya mengutamakan penjelasan dan ketelusan, bukannya tindak balas yang boleh dilihat sebagai mengekang penelitian awam yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tedahulu, katanya, PN memandang serius laporan berhubung serbuan polis ke atas kediaman wartawan portal berita Malaysiakini, B. Nantha Kumar, berkait laporan mengenai cadangan sistem pengambilan pekerja asing yang dikenali sebagai “The Universal Recruitment Advanced Platform” (TURAP) melibatkan Kementerian Sumber Manusia.

Berdasarkan laporan, katanya, beberapa pegawai polis telah memeriksa kediamannya selama kira-kira 45 minit berdasarkan waran yang dikatakan berkait dakwaan pemilikan dokumen rasmi Jemaah Menteri.

Turut dilaporkan bahawa tiada barangan atau dokumen dirampas dalam operasi tersebut.

Siasatan dilaporkan dibuat bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana pendedahan maklumat tanpa kebenaran dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyalahgunaan rangkaian sosial.

Menurut Takiyuddin, perkembangan itu melampaui sosok seorang wartawan atau sebuah organisasi media semata-mata.

Ujarnya, ia menimbulkan kebimbangan lebih luas mengenai isu-isu kebebasan media, tahap kewajaran tindakan penguatkuasaan serta ruang untuk wartawan melaporkan isu berkepentingan awam tanpa rasa takut atau tekanan.

“Turut dilaporkan bahawa kementerian terbabit telah diberikan ruang oleh portal Malaysiakini untuk memberi penjelasan dan maklum balas terhadap laporan asal yang diterbitkan.

“Namun sebaliknya, ia memilih untuk membuat laporan polis.

“Jika benar, tindak balas ini menimbulkan persoalan serius mengenai persoalan keadilan, keterbukaan serta kesesuaian penggunaan mekanisme penguatkuasaan dalam menangani laporan media,” katanya. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo