KUALA LUMPUR – Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran hari ini mengemukakan usul supaya kepimpinan PKR Pusat memecat bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Ketuanya, Razeef Rakimin berkata, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan telah dua kali diberikan surat tunjuk sebab oleh parti, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya sehingga kini.
Sehubungan itu, beliau menegur kepimpinan PKR Pusat supaya tidak menjadi ‘pondan’ untuk mengambil tindakan dan tidak menjadikan surat tunjuk sebab sebagai bahan lawak atau gurauan.
Razeef turut menyentuh berkait kelantangan Rafizi yang disifatkan sesetengah pimpinan utama PKR sebagai melangkaui ‘garis merah’ perlembagaan parti namun masih tidak berani untuk mengambil tindakan.
“Maka, saya mengusulkan parti untuk memecat Rafizi sekiranya beliau benar telah melanggar perlembagaan parti,” katanya sambil disambut laungan `setuju’ oleh perwakilan yang hadir.
Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi yang kini lantang mengkritik kepimpinan PKR dan Kerajaan Madani mengesahkan beliau sudah menerima dua surat tunjuk sebab daripada parti itu.
Sehubungan itu, Rafizi menggesa parti itu memecatnya segera sekiranya penjelasannya terhadap surat tunjuk sebab kedua dianggap melanggar perlembagaan parti.
Katanya, Lembaga Disiplin PKR perlu membuat keputusan tegas dan segera berhubung kedudukannya dalam parti kerana rakyat sudah ‘mual’ dengan kemelut berkenaan. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment