NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemandu mabuk: Wajibkan penjamin ahli keluarga semasa mohon lesen memandu – MIC



KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mempertimbangkan satu pendekatan yang lebih tegas dan berkesan dalam menagani isu pemandu mabuk, termasuk mewajibkan penjamin dalam kalangan ahli keluarga seperti ibu bapa atau adik-beradik semasa permohonan lesen memandu.

Pengarah Strategi Nasional MIC, Datuk C. Sivaraj berkata, tanggungjawab itu bukan sekadar formaliti, tetapi satu mekanisme akauntabiliti sosial.

Menurutnya, jika pesalah hanya dikenakan bayaran pampasan, terdapat kemungkinan mereka gagal membayar dan akhirnya berlindung di sebalik proses kebankrapan atau hukuman penjara semata-mata, tanpa keadilan sebenar kepada mangsa.

“Dengan adanya penjamin keluarga, tekanan moral dan tanggungjawab akan lebih dirasai, sekali gus menjadi langkah pencegahan yang lebih efektif terhadap pemanduan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Negara menyifatkan sudah tiba masanya hukuman dipinda dengan lebih tegas, termasuk pelaksanaan penjara mandatori seumur hidup bagi kes yang menyebabkan kematian akibat pemanduan mabuk.

Jelasnya, hukuman yang ringan serta penguatkuasaan yang longgar dalam kesalahan tersebut akan menghantar mesej yang salah kepada orang ramai yang mana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol masih boleh dimaafkan.

“Ini yang membimbangkan apabila nyawa manusia dilihat tidak lebih daripada angka dalam statistik. Negara tidak boleh berkompromi dalam soal ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan semua pihak tidak boleh terus bersikap reaktif setiap kali tragedi melibatkan pemandu mabuk berlaku.

Tegasnya, jalan raya bukan tempat untuk mereka yang hilang pertimbangan akibat alkohol atau dadah.

Ujarnya, mereka yang memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk perlu menerima akibat yang setimpal.

“Jika kita benar-benar menghargai nyawa rakyat, maka undang-undang juga mesti mencerminkan nilai tersebut.

“Jika masih ada yang beranggapan hukuman berat keterlaluan, maka tunggulah sehingga lebih banyak nyawa melayang.

“Pada ketika itu, mungkin kita akan sedar, tetapi sudah terlambat,” katanya. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo