NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gerakan gesa kerajaan jelaskan hutang negara, bukan hanya tonjol rizab



KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa tampil lebih telus dalam menjelaskan kedudukan sebenar hutang negara dan tidak hanya menonjolkan peningkatan rizab antarabangsa sebagai petunjuk ekonomi.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, setakat Februari 2026, Bank Negara Malaysia merekodkan rizab antarabangsa sebanyak AS$128.3 bilion (RM506.8 bilion), iaitu paras tertinggi sejak 2014.

Namun, beliau mempersoalkan sama ada dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, kerajaan telah menambah pinjaman sebanyak RM45 bilion tanpa bayaran balik, selain meminta penjelasan mengenai jumlah keseluruhan hutang langsung kerajaan.

“Kerajaan perlu telus dan bertanggungjawab kepada rakyat, bukan hanya menonjolkan khabar baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Dakwa beliau, jumlah pinjaman bersih kerajaan bagi suku pertama tahun ini juga didakwa meningkat berbanding RM29.4 bilion pada tempoh sama tahun pertama pentadbiran semasa, sekali gus menunjukkan kebergantungan terhadap hutang yang semakin serius.

Beliau turut mengingatkan, kebergantungan berterusan kepada hutang boleh membawa risiko fiskal termasuk peningkatan beban faedah, tekanan inflasi serta beban kewangan kepada generasi akan datang.

“Jika kerajaan terus berhutang tanpa pelan pembayaran yang jelas, ia bukan sahaja isu kewangan tetapi turut menjejaskan kredibiliti negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan perlu memastikan keseimbangan fiskal yang mampan dengan mengurangkan kebergantungan kepada hutang serta memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi sebenar. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo