NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rumah Bangsa: Cubaan UMNO jadi 'abang besar' semula - Sanusi



ALOR SETAR – Cadangan penubuhan Rumah Bangsa Malaysia oleh UMNO dilihat sebagai usaha parti itu untuk kembali berkuasa dan mengekalkan pengaruh dominan dalam politik negara.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, cadangan tersebut disifatkan sebagai usaha parti itu mendekati kembali parti-parti Melayu selepas berdepan tekanan politik.

“Pada pandangan saya, itu cubaan UMNO untuk berkuasa kembali. Untuk menjadi 'abang besar' semula...pada pandangan parti, saya belum bincang lagi, ini pandangan peribadi saya.

“Masa dia sesak, dia cari orang Melayu. Masa dia nak berkuasa, dia cari kita. Masa dia seronok, dia cari DAP dan jadi kerajaan sekali. Itu UMNO,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, keputusan itu merupakan ketetapan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO dan terpulang kepada parti berkenaan untuk melaksanakannya.

"Itu keputusan yang dibuat di Perhimpunan Agung. Jadi dia laksanakan sajalah. Kita harap dia ikhlaslah untuk tengok orang Melayu. Masa dia sesak, dia cari DAP, pakai orang PKR.

"Langgar sumpah semua kan tu. Masa dia rasa dia silap, dia cari kita pula. Tak tahulah politik zaman sekarang ni lagu mana,” katanya.


Sumber | Sinar Harian






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo