Shabery berkata, Felda memiliki empat hartanah di London, iaitu dua hotel dan dua penginapan pelajar.
“Tidak ada satu pun permohonan menjual hotel Felda di London dibuat semasa saya berada di Felda. Tidak tahulah kalau selepas saya meninggalkan Felda pada akhir Jun lalu,” katanya, lapor Sinar Harian.
Tiada satu pun daripada empat hartanah itu dibeli secara tunggal dengan harga £160 juta (RM867 juta), katanya sebagai respons terhadap laporan yang memetik Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempersoalkan penjualan hotel-hotel Felda.
“Saya bimbang PM disalah nasihat atau ada yang cuba mengambil kesempatan,” katanya.
Shabery berkata, butiran mengenai empat hartanah Felda di London itu perlu diperjelas bagi mengelakkan kekeliruan antara nilai satu hartanah dengan nilai keseluruhan portfolio tersebut.
Tambahnya, keputusan menjual aset Felda memerlukan arahan daripada kerajaan, termasuk Kementerian Kewangan dan jawatankuasa penasihat di Jabatan Perdana Menteri.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, beliau enggan meluluskan cadangan penjualan sebuah hotel milik Felda pada harga £100 juta (RM550 juta) selepas dimaklumkan ia dibeli oleh pengurusan terdahulu dengan harga £160 juta.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata, pengurusan Felda telah berjumpa dengannya dua bulan lalu untuk mendapatkan kelulusan penjualan itu.
Justeru, beliau telah mengarahkan agar laporan penuh dikemukakan mengenai perkara itu, menambah Felda tidak sepatutnya mengalami kerugian ketika peneroka terus bergelut dengan pendapatan dan kemudahan asas yang tidak memadai.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment