NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas gesa pertikaian babit isu agama, kaum diurus segera secara telus dan adil



SHAH ALAM - Pas menggesa pihak berkuasa mengurus ketegangan atau pertikaian yang berlaku membabitkan agama dan kaum diatasi segera, telus dan adil.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penjelasan tepat, penguatkuasaan undang-undang yang adil, tidak memihak dan komunikasi krisis yang jelas daripada pihak berwajib sangat perlu.

Menurutnya, tindakan itu bagi mengelakkan salah faham, spekulasi dan prasangka atau peningkatan ketegangan yang tidak perlu.

"Pas menggesa semua pihak sama ada pemimpin, pertubuhan dan platform media agar sentiasa bertindak dengan lebih matang dan bertanggungjawab ketika mengulas atau melaporkan isu begini.

"Pada masa sekarang Malaysia sangat memerlukan suara yang menenteramkan keadaan, bukan yang memarakkan ketegangan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, Pas memandang serius ketegangan dan pertelingkahan terbuka melibatkan beberapa pertubuhan dan individu beragama Hindu dengan sosok tertentu dalam kalangan anggota masyarakat, terutamanya yang beragama Islam kebelakangan ini.

Tegasnya, isu berkaitan agama dan kaum hendaklah ditangani dengan kebijaksanaan, sikap tenang dan kepekaan mendalam terhadap sifat asasi masyarakat kita yang majmuk dan pelbagai.

"Pas akur bahawa sensitiviti berkait agama, sejarah dan tempat ibadat adalah amat dekat dengan semua komuniti dan kumpulan masyarakat.

"Justeru, hal itu hendaklah ditangani secara berhemah dan matang, tanpa provokasi atau sikap melampau daripada mana-mana pihak.

"Percubaan untuk membingkaikannya dengan cara-cara yang menyuburkan syak wasangka, kebencian dan permusuhan antara komuniti atau kumpulan adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dan mesti ditolak semua pihak," katanya.

Tambahnya, parti itu juga komited kepada usaha dan matlamat memelihara keharmonian dan perpaduan rakyat yang pelbagai latar belakang kepercayaan dan budaya, selain kekal menjunjung hak dan kehormatan semua seperti yang dijamin oleh undang-undang Perlembagaan negara.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo