NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin Melayu perlu konsisten pertahan Islam, jangan biarkan agama dihina



BANGI, 21 RAMADAN – Hipokrasi politik sebahagian pemimpin Melayu terserlah apabila mereka lantang menentang penghinaan agama lain, tetapi bersikap lembut apabila al-Quran dan agama Islam dihina.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat, berkata perkara itu nyata apabila terdapat pemimpin parti tertentu bersuara keras mengenai isu sensitif agama selain Islam, namun mengambil pendekatan lebih lembut apabila isu melibatkan kesucian Islam timbul.

“Apabila al-Quran dihina dan dipijak, umat Islam diminta bertenang dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Namun apabila timbul dakwaan penghinaan terhadap agama lain, mereka pula segera mengeluarkan kenyataan keras, mendesak tindakan segera, dan menjatuhkan tuduhan tanpa usul selidik,” katanya kepada TV Pertiwi.

Ustaz Shuhaib menegaskan bahawa maruah Islam dan kesucian al-Quran tidak boleh dilayan dengan standard lebih rendah, terutama di negara yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.

“Dua pendekatan berbeza ini jelas menunjukkan hipokrasi yang sukar disembunyikan. Pemimpin yang berprinsip perlu konsisten mempertahankan kehormatan agama Islam dan orang Melayu,” jelasnya.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo