NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas tidak sertai Rumah Bangsa ditawarkan UMNO – TGHH



KUALA LUMPUR – Pas mengesahkan menghantar pemerhati ke satu perjumpaan bagi memenuhi jemputan Rumah Bangsa, yang diiklankan oleh UMNO bagi melihat dan menyaksikan sendiri kalangan yang hadir.

Namun, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, walaupun tanpa kehadiran wakil DAP, namun dapat dibaca segala yang tersirat menerusi langkah Rumah Bangsa itu.

Menurutnya, tujuan pertemuan itu dilihat sebagai usaha menganjurkan perpaduan Melayu atas semangat kebangsaan tanpa berteraskan Islam.

Ini kerana, tambahnya, UMNO tetap bersahabat dan berwala’ kepada DAP semata-mata untuk membentuk kerajaan walaupun terpaksa meninggalkan prinsip asal perjuangannya.

“Dapat disaksikan betapa penyakit was-was daripada bisikan syaitan turut mengganggu ahli UMNO sendiri, kerana berlawanan dengan perjuangan asal UMNO yang meletakkan agama sebahagian daripada dasarnya.

“Sehinggakan, ramai yang keluar meninggalkan rumah yang tercabut dinding dan ditebuk atapnya kerana mudah dimasuki air dan ditiup angin.


“Ada yang menyelamatkan diri bersama Pas. Malah, ada juga yang masih beristiqamah dengan prinsip bahawa Islam dan Melayu wajib menjadi ketua rumah,” katanya menerusi Minda Presiden Pas hari ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pengundi muda yang mula bijak berfikir secara lebih matang menolak Pakatan Harapan (PH) sejak PRU-15 sebagaimana mereka menolak Barisan Nasional (BN) sebelumnya.

Katanya, penolakan itu disebabkan gabungan tersebut bersama sokongan musuh Islam daripada kalangan bukan Islam dalam DAP yang memperjuangkan politik merampas kuasa secara halus dengan pujukan godaan syaitan yang menarik.

Sehinggakan, tambah beliau, sebahagian daripada orang Melayu turut menjadi pendukung yang memberikan wala’ kepada musuh, sekali gus menjenamakan UMNO bersama parti-parti lain yang berada dalam satu saf bersamanya.


Jelas beliau, ia adalah iktibar yang dapat diambil oleh Pas yang tidak bersedia memasuki Rumah Bangsa yang ditawarkan oleh UMNO yang bernaung di bawah bumbung yang nyata tidak selamat.

“Lebih berbahaya lagi kalau menjadi laksana rumah yang tidak beratap dan berdinding, yang dimasuki hantu yang menjadi penunggu sehingga membahayakan penghuninya.

“Akibatnya, godaan yang menyebabkan seseorang itu beriman dengan sebahagian kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain, akan membawa kepada bahaya dan akibat yang lebih besar.

“Mereka ditimpa seksaan di dunia sebelum menghadapi seksaan di akhirat kerana kemurkaan Allah,” katanya.

Catatan penuh Minda Presiden Pas itu boleh dibaca di laman Facebook Abdul Hadi Awang. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo