NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengaku rasul: Hasil siasatan individu terlibat ajaran sesat diserah kepada pendakwaan – JAIS



  • Hasil siasatan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap empat individu termasuk seorang lelaki berusia 65 tahun yang ditahan berkaitan ajaran sesat bulan lepas, telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.
  • “Keempat-empat mereka telah dibebaskan dalam tempoh 24 jam selepas ditahan kali pertama sebelum ditangkap untuk kesalahan kedua … namun, sebarang tindakan penguatkuasaan termasuk tangkapan tidak boleh dilakukan hanya berdasarkan desakan pihak tertentu tanpa asas undang-undang kukuh.” – Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
  • Sebelum ini, media melaporkan JAIS menahan seorang lelaki yang disyaki mengaku sebagai Rasul di sebuah premis di Rawang bersama dengan tiga individu lain termasuk seorang wanita.

SHAH ALAM – Hasil siasatan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap empat individu termasuk seorang lelaki berusia 65 tahun yang ditahan berkaitan ajaran sesat bulan lepas, telah diserahkan kepada pihak pendakwaan. 

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak pendakwaan bagi memastikan sebarang kes berkaitan ajaran sesat dapat ditangani mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Keempat-empat mereka telah dibebaskan dalam tempoh 24 jam selepas ditahan kali pertama sebelum ditangkap untuk kesalahan kedua … namun, sebarang tindakan penguatkuasaan termasuk tangkapan tidak boleh dilakukan hanya berdasarkan desakan pihak tertentu tanpa asas undang-undang yang kukuh.

“Dalam sistem perundangan, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menangkap seseorang tanpa justifikasi yang jelas dan setiap tindakan perlu melalui proses siasatan serta memenuhi keperluan undang-undang sebelum tangkapan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Ihya Ramadan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) Kepada Masjid dan Surau di Negeri Selangor, di Dewan Sakinah Menara Selatan Bangunan Sultan Idris Shah di sini, hari ini. 

Sebelum ini, media melaporkan JAIS menahan seorang lelaki yang disyaki mengaku sebagai Rasul di sebuah premis di Rawang bersama dengan tiga individu lain termasuk seorang wanita.

Tangkapan dibuat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki melakukan suatu upacara atau perbuatan berhubung agama Islam yang bertentangan dengan hukum syarak. – BERNAMA





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo