NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cikgu Chandra dakwa diserang, diugut sekali lagi



  • Menurut aktivis masyarakat, S. Chandrasegaran yang dikenali sebagai Cikgu Chandra, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8.15 pagi apabila lelaki terbabit bersama beberapa individu lain datang ke rumahnya dan membuat ugutan.
  • Cikgu Chandra berkata, insiden itu berlangsung hampir setengah jam apabila kumpulan berkenaan bertindak agresif dan melakukan provokasi.
  • “Bagaimanapun keadaan terkawal kerana polis pun menjaga kawasan perumahan saya bagi mengelak insiden tidak diingini terjadi,” katanya.

PUCHONG – Aktivis masyarakat, S. Chandrasegaran yang dikenali sebagai Cikgu Chandra, mendakwa sekali lagi diserang dan menerima ugutan daripada beberapa individu termasuk yang dipercayai seorang bekas ahli politik pada Khamis.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8.15 pagi apabila lelaki terbabit bersama berberapa individu lain datang ke rumahnya dan membuat ugutan.

Cikgu Chandra berkata, insiden itu berlangsung hampir setengah jam apabila kumpulan berkenaan bertindak agresif dan melakukan provokasi.

“Bagaimanapun keadaan terkawal kerana polis pun menjaga kawasan perumahan saya bagi mengelak insiden tidak diingini terjadi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata polis menerima dua laporan berasingan berkaitan insiden khianat serta ugutan jenayah terhadap Cikgu Chandra yang berlaku pada 9 dan 10 Mac di Taman Kinrara, Puchong.

Menurut beliau, insiden pertama disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, manakala insiden kedua disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berkaitan khianat dengan api yang melibatkan kebakaran kenderaan.

Kejadian itu turut tular di media sosial yang memaparkan rakaman sekumpulan individu menyerang kediaman Cikgu Chandra serta tiga kenderaan, termasuk milik aktivis tersebut, yang terbakar.

Susulan kejadian berkenaan, polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan ketenteraman awam. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo