NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lapangan Terbang Kota Bharu beroperasi sepenuhnya esok



KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu (KBR) kini siap dan terminal yang dinaik taraf akan beroperasi sepenuhnya mulai esok.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pembesaran terminal baharu itu telah meningkatkan kapasiti KBR dari 1.5 juta kepada 4 juta penumpang setahun.

“Dengan jumlah pergerakan penumpang mencecah 1.7 juta pada 2025, meningkat 16.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Peningkatan kapasiti ini berupaya menampung pertumbuhan trafik penumpang yang semakin meningkat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, antara kemudahan KBR yang ditambah baik merangkumi bangunan terminal lebih luas serta pengasingan aras pelepasan dan ketibaan bagi melancarkan aliran penumpang.

“KBR juga kini mempunyai susun atur baharu kawasan kerbside dengan lorong khusus untuk bas, teksi dan perkhidmatan e-hailing.

“Penambahbaikan ini dijangka akan meningkatkan pengalaman perjalanan penumpang serta menyokong kelancaran operasi lapangan terbang, khususnya menjelang musim perayaan yang bakal tiba,” katanya.

Pada masa sama, katanya, peningkatan itu turut memperkukuh hubungan udara ke Kelantan di samping menyokong pertumbuhan sektor pelancongan, perniagaan dan pembangunan ekonomi negeri.

Tambahnya, sebanyak lima syarikat penerbangan kini beroperasi di KBR, merangkumi enam laluan domestik dan satu laluan antarabangsa ke Singapura.

“Majlis pelancaran rasmi bagi terminal yang diperluaskan ini akan diumumkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo