NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berdikari merupakan sebahagian strategi nasional, Mat Sabu bidas sindiran Wan Saiful



KUALA LUMPUR – Usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM) menggalakkan rakyat menanam sayur melalui program Kebuniti dan Kebun Dapur Isirumah bukan kerana kerajaan tidak mempunyai strategi.

Sebaliknya, Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia disebabkan KPTM memahami soal keterjaminan makanan mesti dibina secara berlapis.

Beliau mengambil contoh di Singapura yang mana kurang satu peratus tanah di negara itu digunakan untuk pertanian, tetapi melabur besar dalam urban farming dan sasaran “30 by 30” untuk meningkatkan pengeluaran tempatan.

Selain itu, katanya, Jepun meskipun merupakan negara maju dengan dasar makanan yang kukuh, namun tetap menggalakkan komuniti negara itu menanam dan menjaga pengeluaran domestik sebagai lapisan keselamatan.

“Adakah mereka tidak faham dasar makanan?

“Atau mereka amat faham bahawa budaya berdikari adalah sebahagian daripada strategi nasional?

“Kalau ada yang melihat usaha kecil rakyat dan pegawai KPKM sebagai tidak signifikan, itu hak masing-masing.

“Bagi saya, yang tidak signifikan ialah memperlekehkan usaha membina daya tahan hanya kerana ia tidak berbentuk ‘popular’,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Mohamad mengulas kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang menyifatkan cadangan supaya kakitangan KPTM memulakan tanaman sayur-sayuran sendiri sebagai tidak menjawab isu keterjaminan makanan.

Wan Saiful berkata, meskipun usaha menggalakkan rakyat bercucuk tanam adalah sesuatu yang baik, namun ia bukan jawapan serius dalam menghadapi ketidaktentuan bekalan makanan global.

Sementara itu, Mohamad memberi jaminan bahawa KPKM akan terus bekerja, memantau geopolitik, menstabilkan bekalan, mengurangkan kebergantungan import dan memperkukuh pengeluaran domestik.

“Dan ya, kita akan terus galakkan rakyat menanam.

“Kerana dalam dunia yang tidak menentu, berdikari bukan slogan. Ia strategi,” katanya. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo