NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan Hishammuddin, Khairy kembali keyakinan rakyat terhadap BN – Ka Siong



JOHOR BAHRU – Kesediaan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin kembali ke pangkuan UMNO akan turut memberi kesan positif terhadap Barisan Nasional (BN).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, beliau percaya perkembangan itu akan dapat mengembalikan keyakinan masyarakat pelbagai kaum untuk mengundi BN pada pilihan raya akan datang.

“Munasabah kita katakan bahawa BN sedang pulih setelah melalui pelbagai liku-liku sukar. Jadi saya yakin perkara ini merupakan perkembangan ke arah positif, selagi ia tidak songsang ia tidak akan melemahkan.

“Namun, masih terlalu awal untuk kata sokongan masyarakat akan kembali sepenuhnya, tetapi selagi kita melakukan perkara ke arah penyatuan, takkan undi kita berpecah lagi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA Johor Selatan di Dewan Serbaguna Johor Jaya, di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, kesediaan Hishammuddin serta Khairy untuk kembali kepada UMNO merupakan isyarat jelas terhadap penyatuan UMNO.

Katanya, kedua-dua individu berkenaan merupakan tokoh politik berpengalaman yang diterima masyarakat pelbagai lapisan selain telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

“Dengan adanya pemimpin yang bersikap sederhana dan diterima masyarakat, ia memberi harapan bahawa BN sedang ke arah penyatuan. Ini jelas bahawa kita perlu bersolidariti, kerana jika kita bercerai kita akan roboh.

“Jadi selagi kita rapatkan saf dalam parti masing-masing serta gabungan BN, ia akan menjadi kekuatan tambahan kepada BN yang dahulunya mentadbir negara dengan sangat baik,” ujarnya.

Perkembangan itu katanya, adalah ‘tenaga’ positif yang diperlukan untuk terus mengukuhkan kesatuan dan kedudukan BN pada masa depan.

Khamis lalu, Hishammuddin menyatakan kesediaannya untuk kembali berjuang memperkasa serta memperkukuhkan UMNO jika penggantungan keahliannya ditarik balik parti. –  MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo