NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga minyak: Kerajaan digesa umum pelan mitigasi – Pemuda Pas



KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas menggesa kerajaan segera mengumumkan pelan mitigasi menyeluruh bagi menangani kesan rantaian susulan ketidaktentuan harga minyak yang kini menghimpit hidup rakyat.

Ketua Penerangannya, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, meskipun kenaikan harga minyak merupakan fenomena global, keupayaan kerajaan mengurus dan mengawal kesan kenaikan tersebut tetap menjadi ukuran utama dalam menilai kestabilan ekonomi negara.

Menurut beliau, kebimbangan rakyat kini bukan sekadar tertumpu pada harga bahan api semata-mata, malah kesan rantaian terhadap harga barangan keperluan, kos pengangkutan serta perbelanjaan isi rumah yang kian tertekan.

“Reaksi gusar rakyat terhadap pengumuman terbaharu kerajaan menunjukkan bahawa sekadar mengumumkan dasar adalah tidak mencukupi tanpa pelan mitigasi yang jelas dan terperinci.

“Rakyat mahu melihat langkah konkrit yang mampu menghalang kenaikan harga minyak daripada mencetuskan kenaikan harga barang secara berantai di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Khairul Nadzir menuntut kerajaan melaksanakan langkah segera bagi melindungi kesejahteraan rakyat melibatkan penguatkuasaan tegas menerusi tindakan agresif terhadap aktiviti pencatutan oleh pihak yang mengambil kesempatan.

Beliau juga menggesa pemantauan harga diperkasa melibatkan harga barang keperluan asas secara berkala di pasaran, selain mekanisme perlindungan lebih efektif khusus untuk golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

“Kerajaan perlu menjamin kestabilan harga dalam pasaran bagi mengelakkan tekanan ekonomi yang lebih parah,” katanya.

Khairul Nadzir turut menarik perhatian mengenai penularan semula klip kenyataan lama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu minyak yang menggambarkan harapan tinggi rakyat terhadap janji-janji kestabilan ekonomi.

“Dalam keadaan kos sara hidup yang masih tinggi, keutamaan kerajaan mestilah tertumpu kepada perlindungan rakyat.

“Rakyat bukan hanya mahu penjelasan, tetapi mereka memerlukan jaminan bahawa kelangsungan hidup mereka tidak terus dihimpit oleh kenaikan kos sara hidup yang melampau,” tegasnya. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo