NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Batik Air batal penerbangan KL–Dubai susulan penutupan ruang udara Asia Barat



KUALA LUMPUR –  Batik Air membatalkan penerbangan berjadual Kuala Lumpur–Dubai hari ini susulan penutupan koridor ruang udara tertentu di Asia Barat.

Dalam satu kenyataan, Batik Air memaklumkan keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan berikutan situasi yang sedang berkembang di rantau berkenaan.

“Keputusan ini selaras dengan panduan pihak berkuasa penerbangan berkaitan dan mencerminkan komitmen kami untuk memastikan piawaian keselamatan operasi berada pada tahap tertinggi,” menurut kenyataan itu.

Batik Air berkata, pihaknya terus memantau perkembangan semasa dan menilai kesannya terhadap operasi penerbangan serta penggunaan ruang udara serantau.

Penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan secara langsung dan akan diberikan bantuan sewajarnya termasuk pilihan penjadualan semula atau bayaran balik, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Penumpang yang dijadualkan menaiki penerbangan ke destinasi berkenaan dalam masa terdekat dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status penerbangan melalui laman web rasmi dan saluran komunikasi kami,” ujarnya.

Menurut Batik Air, syarikat penerbangan itu turut bekerjasama rapat dengan pihak pengawal selia penerbangan awam, pihak berkuasa lapangan terbang dan rakan operasi bagi menilai situasi dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat terkini, penumpang boleh melayari laman web rasmi Batik Air di www.batikair.com.my. -MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo