KUALA LUMPUR – Veteran UMNO menyambut baik hasrat DAP untuk meletakkan jawatan dalam kerajaan dengan segera tanpa perlu memuktamadkannya pada kongres khas parti yang dijadualkan berlangsung pada 12 Julai depan.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, adalah tidak wajar untuk parti itu bermain sandiwara dan berdrama dengan ahlinya selepas berdepan kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum ini.
“Kepimpinan DAP mesti membuktikan yang mereka bertanggungjawab atas kekalahan itu dan perlu keluar dari barisan Kabinet.
“Ahli DAP tidak mahu pemimpin mereka ugut-ugut dan acah-acah. Mereka mahu tindakan,” katanya menerusi kenyataan.
Tegasnya, sebelum ini, DAP pernah membuat kenyataan akan berundur daripada Kabinet dalam tempoh enam bulan kerajaan tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Justeru Mustapha menyifatkan adalah amat memalukan sekiranya DAP tidak menunaikan kata-katanya.
“Veteran yakin DAP mempunyai prinsip dan bermaruah. Adalah amat memalukan sekiranya DAP tidak menunaikan kata-katanya. Kata misti dikotakan. Kepimpinan DAP,” katanya lagi.
Semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dipetik daripada temu bual bersama Sin Chew Daily sebagai berkata, parti itu akan membuat keputusan berkenaan pada kongres khas Julai depan.
Anthony berkata, lebih 4,000 perwakilan pusat dijangka mengundi usul berkenaan, sekaligus membawa kepada keputusan politik terbesar yang bakal dibuat oleh DAP kelak.-MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment