NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amanah Johor sasar kenal 20 kerusi DUN pada PRN



JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menyasarkan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, sasaran itu bergantung kepada rundingan akhir antara parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) Johor.

“Sebanyak 20 kerusi yang dikenali pasti itu tidak banyak berbeza dengan yang disenaraikan pada PRN Johor yang lalu.

“Pada PRN Johor yang ke-15 pada tahun 2022, pada awalnya kita turut merancang untuk bertanding 20 kerusi DUN, namun perbincangan akhir menyaksikan kami menyerahkan empat kerusi kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

“DAP juga menyerahkan dua kerusi kepada MUDA pada ketika itu, mungkin kita akan adakan perbincangan sekiranya ada pertukaran kerusi sesama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Penyelaras Bagi Dewan Undangan Negeri Johor di Pejabat Amanah Kawasan Pulai di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun, Aminolhuda turut mengingatkan kuasa penentu calon yang bakal bertanding bagi mana-mana DUN terpilih terletak pada Jawatankuasa Amanah Nasional.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Gading itu berkata, Amanah Johor mengambil pendekatan bersiap siaga dalam keadaan akan berlaku pertembungan tiga atau lebih penjuru dalam PRN Johor ke-16.

Katanya, ia mengambil kira kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkaitan tiada lagi kata putus sama ada bersama-sama PH atau tidak untuk PRN Melaka dan Johor.

Tambahnya, bagi meningkat gerak kerja pilihanraya dan kesiapsiagaan menghadapi PRN Johor ke-16, Amanah Johor sudah mengenal pasti wakil negeri yang dipanggil Penyelaras DUN bagi membantu Jawatankuasa Kawasan bagi memacu usaha kesiapsiagaan.

“Dengan pergolakan dalaman yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN), mungkin akan berlaku tiga atau empat penjuru di Johor.

“Justeru, segala jentera Amanah, sama ada peringkat negeri, kawasan, sayap wanita (Awan) dan Pemuda akan bersama-sama memastikan kejayaan Amanah Johor dalam PRN Johor ke-16,” ujarnya.- MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo