NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel sasar sekolah di Iran, 40 pelajar terbunuh

Foto AFP

MINAB: Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam serangan ke atas sebuah sekolah rendah perempuan di Minab, selatan Iran hari ini selepas Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran.

AFP melaporkan, 45 lagi cedera dalam serangan yang didakwa berlaku di wilayah Hormozgan.

Serangan itu berlaku dalam suasana ketegangan yang memuncak susulan tindakan AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada hari sama, dengan penyiar awam Israel melaporkan Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, turut menjadi sasaran.

Iran kemudian melancarkan serangan balas peluru berpandu yang menyasarkan Israel dan beberapa lokasi di Teluk, manakala Kor Pengawal Revolusi Islam Iran memaklumkan pihaknya menyasarkan Armada Kelima AS di Bahrain, selain aset Amerika lain di rantau itu serta lokasi Israel.

Peluru berpandu dilaporkan kedengaran di beberapa bahagian Teluk termasuk Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), selain Israel dan Iraq, beberapa jam selepas serangan awal.

Sumber | BuletinTV3

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo