NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dilantik Pengerusi PN, Samsuri tak perlu letak jawatan MB Terengganu – MIPP



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, meskipun kini dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), S. P. Punithan berkata, peranan berganda beliau itu bukan satu beban, sebaliknya merupakan satu kelebihan dan pihaknya yakin Ahmad Samsuri dapat menggalas kedua-dua tanggungjawab tersebut.

Menurutnya, Ahmad Samsuri mempunyai rekod prestasi yang terbukti dari segi kredibiliti, disiplin dan kecekapan, selain memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan bersih buat PN di Terengganu pada pilihan raya umum lalu.

“Pengalaman pentadbiran serta gaya kepimpinan beliau yang tenang dan konsisten akan mengukuhkan lagi PN di peringkat nasional, sambil terus memacu ekonomi Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Punithan, walaupun imej Islam sering dikaitkan dengan Pas, namun Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas sentiasa menonjol sebagai pemimpin yang diterima dan dihormati oleh semua kaum.

Jelasnya, sikap inklusif, profesionalisme dan kewibawaan kenegaraan yang ditonjolkan Ahmad Samsuri mencerminkan bentuk kepimpinan yang diperlukan Malaysia hari ini.

Sementara itu, tambahnya, MIPP akan membuka laluan bagi Ahmad Samsuri untuk berinteraksi dengan lebih mendalam bersama masyarakat India, mendengar kebimbangan dan menangani isu-isu berpanjangan melibatkan kaum itu.

“Berdasarkan pertemuan kami, saya melihat keprihatinan beliau terhadap masyarakat India mencerminkan dedikasi yang ditunjukkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sepanjang kepimpinan beliau dalam gabungan tersebut.

“Kami berada pada landasan yang sama, bersatu dalam memastikan masyarakat India terus maju dan memperoleh tempat yang sewajarnya dalam masa depan Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo