Beliau berkata, bantuan yang menyeluruh, pengiktirafan rasmi yang sewajarnya serta jaminan kebajikan jangka panjang kepada ibu mendiang, S Usha, amat wajar dipertimbangkan.
Menurutnya, S Usha bukan sekadar kehilangan suami, tetapi kini juga seorang anak yang gugur ketika sedang berkhidmat untuk negara.
“Pemergian Truper K Indiran, 22 tahun, pada 19 Februari ketika sedang mengikuti kursus kru Armor di Kem Batu 10, Kuantan wajar mengundang perhatian serius semua pihak,” ujarnya dalam kenyataan.
Mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya ketika menerima rawatan.
Ustaz Ahmad Fadhli berkata, latar belakang keluarga mendiang turut menyentuh hati rakyat apabila Indiran adalah anak kepada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mendiang Mejar C Kayamboo yang terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft B200T pada 2016 ketika bertugas.
Dalam tempoh satu dekad, katanya, keluarga itu telah kehilangan dua insan tersayang dalam khidmat kepada negara dalam sektor pertahanan.
“Ini pengorbanan besar yang sepatutnya dibalas dengan penghargaan setimpal daripada kerajaan,” tegas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Dalam masa sama, beliau berkata, pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan yang telus berhubung punca kejadian berkenaan.
Katanya, setiap anggota yang menyarung uniform negara berhak berada dalam persekitaran latihan yang paling selamat dan ketelusan siasatan penting.
Ia menurut beliau bukan sahaja demi keadilan kepada keluarga, tetapi juga untuk memastikan keyakinan terhadap institusi pertahanan negara terus terpelihara.
Beliau turut menyifatkan pengumuman oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kematian Truper K Indiran secara menyeluruh sebagai satu kenyataan yang positif.
Bagaimanapun, katanya, langkah itu sewajarnya diikuti dengan tindakan lebih proaktif daripada pihak kerajaan.
“Kita benar-benar mengharapkan agar fakta bahawa tiada unsur buli, penderaan dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan kematian anggota tersebut benar-benar terbukti melalui hasil penemuan bedah siasat kelak,” ulasnya.
Ustaz Ahmad Fadhli berkata, ketabahan S Usha menghadapi dua kehilangan besar dalam tempoh kira-kira 10 tahun adalah sesuatu yang luar biasa.
“Negara tidak boleh sekadar melihat dan bersimpati dari jauh. Pengorbanan seperti ini menuntut tindakan yang nyata.
“Kerajaan perlu membuktikan bahawa jasa dan pengorbanan anggota pertahanan negara benar-benar dihargai bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi dengan langkah yang konkrit dan bermakna,” katanya. – HARAKAHDAILY21/2/2026
........
Komen: ........

| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment