KUALA LUMPUR – “Kepada DAPSY Malaysia, Jangan campuri urusan dalaman UMNO,” kata Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.
Menurutnya, UMNO adalah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dan tahu bagaimana untuk menyelesaikan isu dan perbezaan pandangan dalam keluarga besar sendiri.
Jelasnya, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Datuk Dr Akmal Saleh adalah sebahagian daripada keluarga besar parti ini dan sebarang perbezaan pendapat yang wujud akan ditangani secara berhemah melalui saluran parti, tanpa perlu campur tangan pihak luar.
“UMNO tidak memerlukan DAPSY untuk mengajar atau mencampuri urusan dalaman kami. Hormati sempadan rakan dalam kerajaan perpaduan.
“Fokuslah kepada urusan dan tanggungjawab parti masing-masing,” tegas beliau.
Hari ini, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan menyifatkan gimik keluar Kerajaan Perpaduan yang dimainkan Akmal sebagai bahan lawak politik yang memalukan diri sendiri selepas Ahmad Zahid menegaskan parti itu akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.
Sehubungan itu, ujarnya, sekiranya Akmal benar-benar berprinsip maka beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Exco dalam Kerajaan Negeri Melaka serta-merta.
“Akmal Saleh harus letak jawatan segera dan laksanakan pendirian yakni keluar Kerajaan Perpaduan. Jangan cakap tidak serupa bikin.
“Jika masih kekalkan jawatan sedia ada, maka dia harus menelan semula apa yang pernah diungkap dan menghentikan segala tindakan dan retorik yang hanya berniat untuk merosakkan usaha kerajaan terhadap agenda reformasi dan kesejahteraan rakyat,” kata DAPSY. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment