NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UEC: Pengiktirafan perlu berpaksikan Perlembagaan, Falsafah Pendidikan



BANGI, 24 REJAB – Sebarang perbincangan berkaitan pengiktirafan sijil pendidikan termasuk Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) perlu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, serta memperkukuhkan bahasa Melayu dan Sejarah sebagai teras.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, berkata isu UEC ialah soal masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penyatu negara.

“Bahasa menentukan siapa menguasai universiti, sektor awam dan ekonomi. Apabila bahasa Melayu dilemahkan, anak Melayu yang melalui aliran kebangsaan akan paling terkesan.

“Justeru, sebarang pengiktirafan mesti berpaksikan Perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan penggunaan bahasa Melayu dan Sejarah wajib ada jika mereka mahu kerajaan mengiktiraf UEC,” katanya mengikut Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Memperkasakan Pendidikan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi Sekretariat Konvensyen Memperkasa Pendidikan Melayu, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, bagi mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu masa depan, parti itu akan terus memperjuangkan usaha memastikan bahasa itu berkembang sebagai bahasa sains, teknologi dan pemikiran aras tinggi.

“Walaupun ia memerlukan pelaburan yang besar, langkah ini penting bagi menjamin kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berdaya saing.

“Bahasa Melayu mesti diperkasakan sebagai bahasa sains, teknologi dan pemikiran tinggi, yang memerlukan pelaburan dalam pembangunan bahan ilmiah, penghasilan kandungan digital serta latihan guru,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo