KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap 26 buah syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat, hari ini.
Menurut sumber, kesemua pemilik syarikat tersebut turut terlibat di dalam siasatan itu dan tidak menolak kemungkinan mereka akan direman bagi membantu siasatan.
“SPRM telah memulakan siasatan terhadap kesemua 26 buah syarikat tersebut kira-kira jam 11 pagi tadi disekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang,” katanya
SPRM pada 23 Disember lalu hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.
Pada 24 Disember pula, SPRM telah memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan berhubung kes tersebut.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009. -MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment