NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda UMNO Pahang rayu Agong perkenan pembebasan penuh Najib



KUALA LUMPUR – Perwakilan Pemuda UMNO Pahang merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar memperkenankan pembebasan penuh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menegaskan permohonan itu mewakili suara rakyat di Parlimen Pekan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, rayuan tersebut dibuat atas dasar ehsan dan simpati baginda sebagai raja berwibawa terhadap pemimpin yang disifatkan banyak berjasa kepada negara.

“Kami ingin memohon ihsan dan simpati tuanku agar dapat memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pemimpin kami, Datuk Seri Najib Razak. Ampun Tuanku, hamba memohon agar perkara ini dipertimbangkan segera,” katanya ketika menyampaikan perbahasan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Beliau berkata, pelbagai usaha telah dilakukan dan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong merupakan harapan terakhir yang disandarkan oleh akar umbi parti.

Dalam ucapannya, Mohd Fakhrul turut mengajak seluruh perwakilan dan ahli UMNO mengenang jasa Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan memastikan legasi kepemimpinan beliau terus dipelihara.

“Semalam genap 50 tahun pemergian Tun Razak. Kita perlu mempertahankan legasi beliau termasuk memperjuangkan nasib Datuk Seri Najib selagi ada kudrat. Inilah cara kita membalas jasa Tun Razak kepada UMNO dan negara,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pemuda UMNO Johor, Fauzi Faizal menggesa ahli parti agar terus berdoa supaya pembebasan penuh Najib dapat direalisasikan pada masa depan.

Beliau berkata, jasa Najib kepada negara terlalu besar untuk dilupakan dan situasi bekas Perdana Menteri itu yang masih dipenjarakan amat menyentuh perasaan ahli parti.

“Pemuda UMNO Johor akan terus berdiri di belakang keluarga ‘Bosku’ dan berdoa agar keadilan serta pembebasan penuh dapat dilaksanakan,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Tebrau.

Terdahulu, media melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka mengumumkan langkah yang akan diambil parti berhubung Najib dalam ucapan dasar beliau pada perhimpunan tersebut esok. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo