NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Orang Cina ditindas: Gabungan Nasionalis gesa tindakan terhadap pencetus kontroversi



BANGI, 25 REJAB – Gabungan Nasionalis menggesa tindakan diambil terhadap pihak yang mencetuskan kontroversi dengan menyamakan keadaan orang Cina negara ini dengan rakyat Palestin.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya, berkata permohonan maaf sudah menjadi perkara biasa setiap kali isu sensitif timbul. 

“Katanya dah ada permohonan maaf, tetapi itu biasalah kita dengar. Cuma saya rasa elok ada tindakan diambil supaya menjadi pengajaran kepada yang lain.

“Isu ini sangat serius dan tidak sepatut dibangkitkan,” katanya ketika mengulas isu wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) yang mengajukan soalan kontroversi semasa syarahan umum bertajuk ‘Gaza Exposes the Complicity of International Actors’ pada 12 Januari lalu.

Aminuddin mengaku terkejut apabila menonton video yang memaparkan wartawan terbabit bertanyakan soalan itu, tetapi bersyukur kerana dakwaan wartawan itu disangkal ahli politik veteran Britain, George Galloway yang menjadi penceramah.

Dalam video itu, Hilloway menegaskan bahawa rakyat Palestin antara golongan paling ditindas di dunia dan keadaan di Malaysia sama sekali tidak menyamai realiti pahit yang dihadapi rakyat Palestin di bawah pendudukan Israel.

Sementara itu, Aminuddin berkata: “Ingatkan apabila dah dapat kerajaan, tak timbul isu diskriminasi dan penindasan ke atas orang Cina. Tapi rupa-rupanya tidak.

“Masih ada yang merasakan orang Cina ditindas dan lebih teruk apabila menyamakan keadaan orang Cina di sini dengan rakyat Palestin.”


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo