NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gugurkan kewarganegaraan wartawan FMT jika terbukti khianat



BANGI, 25 REJAB – Tindakan menggugurkan taraf kewarganegaraan perlu dipertimbangkan jika siasatan mendapati wujud unsur pengkhianatan, hasutan dan perbuatan yang jelas bercanggah dengan kepentingan negara dalam isu membabitkan seorang wartawan Free Malaysia Today (FMT), baru-baru ini.

Ketua Penerangan Parti BERJASA Malaysia, Mohd Hamdan Mohd Sharif, berkata Malaysia tidak boleh dipertahankan oleh mereka yang menikam negara dari luar, memperdagangkan naratif kebencian dan menjadikan kebebasan bersuara sebagai perisai untuk merosakkan keharmonian rakyat.

Menurutnya, membuat kenyataan yang bersifat rasis, menghasut dan wujud unsur subversif  bukan sekadar kecuaian lisan, tetapi perbuatan serius yang menghina dan mencemarkan nama baik Malaysia, mengapi-apikan sentimen perkauman serta membawa naratif permusuhan terhadap asas pembinaan negara di pentas antarabangsa.

“Ia bukan satu ketidaksengajaan, melainkan bukti pemikiran rosak kelompok ini yang semakin membarah dan mengakar dalam masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Seorang wartawan FMT mencetuskan kontroversi ketika syarahan umum bertajuk ‘Gaza Exposes the Complicity of International Actors’ pada 12 Januari lalu apabila mencadangkan persamaan antara isu Palestin dan kedudukan komuniti Cina di Malaysia, serta mendakwa sebahagian penyokong pro-Palestin tempatan juga mempunyai pandangan antipendatang.

Mohd Hamdan berkata, lebih membimbangkan ialah pemikiran rasis dan ekstrem begini adalah kesan jangka panjang kegagalan sistem pendidikan berorientasikan kaum, yang gagal membina jiwa kebangsaan dan kesetiaan kepada negara.

Beliau menegaskan, kenyataan tersebut mempunyai elemen yang jelas adalah kesalahan mengikut Akta Hasutan 1948, termasuk kecenderungan menimbulkan kebencian dan permusuhan antara kaum, serta Kanun Keseksaan, terutama Seksyen 504, iaitu kesengajaan mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 505, iaitu kenyataan yang mendatangkan ketakutan awam atau menggalakkan permusuhan antara golongan rakyat.

Sehubungan itu, katanya BERJASA menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM)  menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh tanpa sebarang perlindungan atau layanan istimewa terhadap individu berkenaan, demi memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan.

Beliau juga memberi amaran bahawa jika perbuatan demikian dibiarkan, ia akan menjadi duluan berbahaya yang menghalalkan penghinaan terhadap negara.

Selain itu, katanya ia menggalakkan budaya hasutan dan kebencian kaum secara terbuka, melemahkan perpaduan nasional serta membuka ruang ketidakstabilan sosial dan keselamatan;

“Perbuatan demikian juga menjadikan Malaysia sasaran manipulasi persepsi dan tuduhan melampau yang mengakibatkan tekanan asing, serta mungkin tindakan negara-negara kuasa besar dunia atas alasan pelanggaran hak kemanusiaan,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo