NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Gua ada maruah, lu ada maruah atau tidak” – Dr Akmal bidas DAP



BANGI, 25 REJAB – “Saya nak beritahu kepada yang tanya saya `lu siapa’ sebelum ini, saya nak jawab…`gua’ ada maruah, `lu’ ada maruah atau tidak,” kata Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau yang membuat keputusan meletakkan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka, tetapi kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO, memberi amaran kepada  pihak yang selalu bercakap mengenai dirinya serta selalu menekan Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka, akan melawan DAP habis-habisan.

Peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkuat kuasa minggu hadapan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi membuktikan tidak sama sekali akan lari dari perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.

Menurutnya, jawatan EXCO tidak sepenting mempertahankan maruah, prinsip dan suara akar umbi selaku Ketua Pemuda UMNO.

Dr Muhamad Akmal menegaskan tidak pernah gentar dengan cemuhan, kritikan dan herdikan, apatah lagi tekanan pihak lawan politik kerana menyedari jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dipegang adalah tanggungjawab besar dan maruah seluruh ahli Pemuda UMNO.

“Ini bukan soal jawatan dan wang ringgit…tetapi disebabkan tanggungjawab, prinsip dan marua, maka saya berani letak jawatan EXCO untuk lawan DAP habis-habisan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar perhimpunan sayap Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Sebelum ini, DAP Melaka membidas gesaan Dr Muhamad Akmal supaya parti itu keluar dari Kerajaan Perpaduan sedangkan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju kerajaan.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, kenyataan Dr Muhamad Akmal itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan ahli parti, namun DAP melihat gesaan tersebut tidak berasas dan melangkaui bidang kuasanya.

Selain itu, Pemuda Sosial DAP (DAPSY) turut mendesak Dr. Muhamad Akmal melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO selepas Ahmad Zahid menegaskan UMNO akan terus berada dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo