NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kuil bawah pencawang elektrik jadi sindiran netizen



BANGI, 1 SYAABAN – Keberadaan sebuah kuil di bawah pencawang elektrik berhampiran kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR)  di Jalan Sungai Besi, Salak Selatan mengundang perhatian netizen di media sosial.

Selain menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengurusan kuil itu, pengguna media sosial juga tidak melepaskan peluang menyindir Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana ‘menceroboh’ tanah rumah ibadat itu.

“Pastinya kuil haram, kerajaan tidak akan luluskan kalau lokasi begini. Wajib robohkan. Tolong buat laporan polis segara,” kata pengguna FB dengan nama akaun Tun Bariq.

“Salah tu. TNB perlu pampasan dan tanah baharu untuk proses pemindahan, tak adil untuk halau TNB macam tu sahaja,” sindir seorang lagi pengguna FB dengan akaun Sattar Shamad.

Pemerhatian TV Pertiwi menerusi aplikasi Google Maps mendapati nama kuil itu ialah Arulmigu Sri Nageswari Jai Muniswara dan juga bersebelahan dengan trek kereta api.

Malah, terdapat sebuah lagi kuil yang terletak tidak sampai 100 meter.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sejak bila rumah ibadat itu dibina.

Bagaimanapun, pengguna media sosial menggesa pihak berkuasa memandang serius keberadaan kuil itu kerana ia melibatkan faktor keselamatan.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo