NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama bukan lesen gadai prinsip UMNO – Ketua Puteri



KUALA LUMPUR – “Kerjasama bukan lesen untuk menggadaikan prinsip, menghilangkan identiti atau mendiamkan diri ketika suara perlu didengar.

Dalam masa yang sama Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata kerjasama tidak sepatutnya terjalin hanya kerana terpaksa atau demi kelangsungan survival parti buat sementara waktu.

Tegasnya, gabungan dan kerjasama boleh dijalinkan namun dalam masa yang sama maruah, prinsip dan hala tuju UMNO tidak dikompromi.

“Bagi Puteri UMNO sebelum bercakap tentang kerjasama kita mesti jelas tentang siapa kita dan apa yang kita perjuangkan. Kita tidak boleh masuk ke mana-mana kerjasama politik tanpa arah yang jelas, pendirian yang tegas dan tanpa strategi yang tuntas… Bila kita stabil dan mampan, rakyat juga yakin yang kita boleh ke depan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 bagi sayap itu hari ini.

Ujarnya, UMNO ditubuhkan bukan hanya kerana kuasa semata-mata sebaliknya memikul amanah yang besar untuk menjaga maruah Melayu dan kestabilan negara.

“Asas perjuangan ini berpaksikan satu perkara yang tidak boleh tergugat, iaitu kepercayaan rakyat. Tanpa kepercayaan, UMNO kehilangan kewibawaan untuk berdiri sebagai entiti yang mempertahankan kepentingan Melayu,” tambahnya.

Tambah Nurul Amal, Puteri UMNO mahu parti tersebut berada dalam kerjasama sebagai rakan yang relevan, mampu membawa nilai dan solusi kepada yang lain tanpa menjadi punca kepada huru-hara politik negara.

“Puteri UMNO menegaskan bahawa sebarang keputusan politik perlu dibuat
berasaskan kajian menyeluruh, bukan emosi atau kehendak pihak tertentu.

“Adakah kita ingin menjadi penyebab huru-hara politik negara? ,” soalnya.

Sehubungan itu, beliau merayu supaya kepimpinan parti menilai dengan teliti, implikasi untuk kekal bersama dalam kerjasama kerajaan pada hari ini atau sebaliknya.-MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo