- Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman, menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Muslim mempunyai undang-undang yang jelas melarang hubungan sesama jenis dan kegiatan songsang, termasuk di bawah Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan, selain peruntukan undang-undang Syariah di peringkat negeri.
- “Penganjuran program ini menunjukkan perlunya penyelarasan lebih tegas terhadap mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mendaftar untuk aktiviti komuniti. Mana-mana pertubuhan yang ingin beroperasi di Malaysia perlu melalui proses semakan latar belakang yang teliti, termasuk objektif, agenda, sumber dana dan rekod aktiviti sebelumnya,” tegas beliau.
PULAU PINANG – Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman, menegaskan bahawa negara perlu bertindak tegas melalui penguatkuasaan undang-undang, proses pendaftaran pertubuhan serta pendidikan awam mengenai norma Islam, bagi memastikan setiap kempen kesedaran tidak bercanggah dengan nilai agama dan tatasusila masyarakat.
Menurut beliau, setiap program atau kempen kesedaran awam hendaklah diselaraskan dengan nilai agama dan norma tempatan supaya keberkatan hidup serta keamanan sosial dapat dipelihara, khususnya dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.
Kenyataan itu dibuat susulan laporan The Merdeka Times berhubung penganjuran program komuniti bertemakan “Glamping With Pride & HIV Hunger Games” oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, JEJAKA, yang mencetuskan kritikan awam berikutan penggunaan penjenamaan dan pendekatan yang sensitif dalam landskap sosial serta budaya negara.
Dr Mohd Sukki menjelaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Muslim mempunyai undang-undang yang jelas melarang hubungan sesama jenis dan kegiatan songsang, termasuk di bawah Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan, selain peruntukan undang-undang Syariah di peringkat negeri.
“Penganjuran program ini menunjukkan perlunya penyelarasan lebih tegas terhadap mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mendaftar untuk aktiviti komuniti.
“Mana-mana pertubuhan yang ingin beroperasi di Malaysia perlu melalui proses semakan latar belakang yang teliti, termasuk objektif, agenda, sumber dana dan rekod aktiviti sebelumnya,” tegas beliau.
Menurut beliau, penganjuran program yang menggunakan istilah atau penjenamaan berunsur “Pride” berisiko mengaburkan garis antara usaha kesedaran kesihatan awam, khususnya berkaitan HIV, dengan persepsi normalisasi perlakuan LGBT dalam masyarakat.
Beliau turut menggesa agar pendidikan awam diperkasakan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai batas syarak, nilai keluarga dan tanggungjawab sosial, supaya isu kesihatan awam dapat ditangani secara berhemah tanpa mencetuskan keresahan atau perpecahan dalam kalangan rakyat.
“Menjaga fitrah, memelihara nilai agama dan melindungi keharmonian masyarakat adalah tanggungjawab bersama. Setiap kempen kesedaran mesti bergerak dalam kerangka itu,” tegas beliau.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment