NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agenda Islam: Umno perjuang agama atau motif politik?




KUALA TERENGGANU
: PAS mempersoalkan keikhlasan Umno dalam mengangkat agenda Islam apabila Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap PAS akan terbubar dengan sendirinya setelah parti itu meletakkan Islam sebagai asas utama perjuangan parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, kenyataan sedemikian bukan sahaja mengejutkan, malah bercanggah dengan semangat penyatuan umat Islam yang sering dilaungkan oleh Umno.

“Agak pelik apabila Zahid bercakap soal Islam dan penyatuan tetapi dalam masa sama mengharapkan parti Islam lain terkubur,” katanya ketika ditemui Harakahdaily, selepas majlis Mailis Perasmian Bulan Penghayatan Israk Mikraj Peringkat Negeri, di Kuala Terengganu City Centre (KTCC), di sini semalam.

Menurut Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, PAS tidak pernah mengambil pendekatan politik dengan mendoakan kejatuhan atau pembubaran mana-mana parti Melayu-Islam, sebaliknya konsisten menyeru ke arah penyatuan demi kepentingan umat.

“PAS sentiasa konsisten mengajak kepada penyatuan kuasa politik orang Melayu Islam dan rakan-rakan bukan Islam yang sederhana. Memang PAS sentiasa mengajak Umno untuk bersama,” katanya.

Ujar beliau, pendekatan mengharapkan lenyapnya PAS hanya menimbulkan persoalan mengenai keutamaan sebenar perjuangan Umno sama ada untuk memperkukuh Islam atau sekadar mempertahankan kelangsungan politik.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan ‘berharap’ PAS akan terbubar susulan Umno telah meminda Perlembagaan parti pada 2019 bagi meletakkan agama Islam sebagai teras utama perjuangan.

Zahid berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). – HARAKAHDAILY 16/1/2026







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo