- “Kita melihat ketidakseimbangan kempen A iaitu abstinen dalam pencegahan HIV. Kempen abstinen memerlukan pendidikan bahaya HIV disampaikan secara mudah, jujur dan telus. Tidak berbasa basi kerana ingin menjaga golongan tertentu. Tidak takut kepada penglabelan diskriminasi hanya kerana kita berkata yang benar,” – Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa Bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar
- Dasar PrEP yang tidak bersasar menimbulkan persepsi bahawa ia menggalakkan amalan homoseksual, termasuk apabila aplikasi janji temu sesama jantina memaparkan status PrEP sebagai “jaminan keselamatan”, sedangkan pematuhan terhadap pengambilan PrEP adalah ketat dan sukar dipatuhi, khususnya dalam kalangan golongan muda.
KUALA LUMPUR — Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa Bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar, menegaskan bahawa strategi pencegahan HIV di Malaysia tidak seharusnya terlalu bergantung kepada penggunaan Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP), sebaliknya perlu memberi penekanan lebih seimbang kepada kempen abstinen sebagai pencegahan utama.
Menurut beliau, ketidakseimbangan dalam kempen pencegahan HIV berlaku apabila mesej abstinen tidak disampaikan secara jelas, jujur dan telus kepada masyarakat, seolah-olah terdapat keengganan untuk bercakap benar kerana bimbang dilabel sebagai diskriminasi.
“Kita melihat ketidakseimbangan kempen A iaitu abstinen dalam pencegahan HIV. Kempen abstinen memerlukan pendidikan bahaya HIV disampaikan secara mudah, jujur dan telus.
“Tidak berbasa basi kerana ingin menjaga golongan tertentu. Tidak takut kepada penglabelan diskriminasi hanya kerana kita berkata yang benar,” tegas beliau sewaktu dihubungi The Merdeka Times.
Prof Dr Rafidah berkata mesej bahaya HIV perlu dinyatakan secara terbuka, termasuk hakikat bahawa sehingga kini belum wujud ubat yang dapat membunuh virus HIV, manakala rawatan sedia ada hanya berfungsi mengawal pembiakan virus dalam tubuh pesakit.
“Apakah mesej “bahaya HIV” yang telus? Kita belum ada ubat yang membunuh virus HIV. Ubat yang ada sekarang tidak membunuh, tetapi hanya memastikan virus tidak membiak.
“Amalan liwat (homoseksual, biseksual) adalah 18 kali ganda lebih berisiko menyebabkan penyebaran virus HIV di Malaysia hampir 2/3 kes baru HIV adalah kerana hubungan seks anal.
“Saya yakin jika kempen telus sebegini, kita tidak akan terlalu bergantung kepada PrEP,” jelasnya.
Menurutnya, jika kempen kesedaran yang telus dan berfakta ini diperkasakan, kebergantungan terhadap PrEP dapat dikurangkan, sekali gus mengembalikan fokus pencegahan kepada menangani punca risiko sebenar jangkitan HIV.
Beliau berpandangan penggunaan PrEP seharusnya disasarkan kepada golongan yang benar-benar terpaksa, seperti pasangan suami isteri sero-diskordan di mana salah seorang positif HIV, dan bukannya ditawarkan secara meluas kepada individu yang memilih untuk meneruskan gaya hidup berisiko.
“Dalam kesihatan awam, sesuatu intervensi hanya berkesan jika ia menangani punca risiko. Jika punca penyakit jantung ialah merokok, mesej utamanya ialah berhenti merokok. Maka dalam isu HIV, mesej kesihatan utama ialah menjauhi hubungan homoseksual dan hubungan liwat,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa isu homoseksualiti bukan semata-mata isu perubatan, tetapi turut melibatkan dimensi undang-undang, agama dan struktur sosial, justeru pendekatan kesihatan awam perlu bersifat holistik dan selari dengan nilai kekeluargaan serta prinsip pencegahan abstinen.
Mengulas lanjut, Prof Dr Rafidah berkata dasar PrEP yang tidak bersasar berpotensi menimbulkan persepsi bahawa ia menggalakkan amalan homoseksual, termasuk apabila aplikasi janji temu sesama jantina memaparkan status PrEP sebagai “jaminan keselamatan”, sedangkan pematuhan terhadap pengambilan PrEP adalah ketat dan sukar dipatuhi, khususnya dalam kalangan golongan muda.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


Six6s is a modern online sports betting platform tailored for sports fans in Bangladesh. With Six6s live betting, users can place real-time wagers on cricket, football, and many other popular sports events as the games unfold. The platform offers fast updates, smooth navigation, and competitive odds for a thrilling and seamless betting experience. New users can quickly complete the Six6 sign up process and start betting immediately. The Six6s sign up system is secure, easy to use, and perfect for both beginners and experienced bettors. Available via six6s.support and the mobile app, Six6s also provides live streaming, exclusive promotions, and nonstop sports entertainment anytime, anywhere.
ReplyDeleteSix 6s
https://six6s.support
BAGH Live is steadily developing into an all-in-one online gaming platform for players across Bangladesh. It offers a secure, fast, and mobile-friendly setup where sports betting and casino-style gaming come together seamlessly. Users can place live bets on cricket matches, explore various sports categories, or enjoy a selection of table games and slot titles. The platform is designed for ease and efficiency, allowing first-time users to navigate comfortably while delivering stable performance for regular players. With a strong emphasis on fair gaming policies, user data protection, and reliable service standards, BAGH Live continues to build player trust. Overall, it provides a modern, smooth, and enjoyable online gaming experience tailored to Bangladeshi audiences.
ReplyDeleteBagh Live